Tanah Tinggi

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua.


2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.

3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.

4. Terletak di:-

i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia

ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak

5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.

6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:-

i) Banjaran Bintang



Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang

Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta

ii) Banjaran Titiwangsa



Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia

Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia

Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m)

Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk

Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron

iii) Banjaran Tahan



Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia

Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)

iv)Banjaran Crocker



Banjaran yang tertinggi di Sabah

Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA



a) pusat pelancongan

- suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron.



b) kawasan tadahan air

- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.



c) sumber kayu balak

- diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti

keruing dan Meranti.



d) pusat jana kuasa hidroelektrik

- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.



e) kawasan pertanian

- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.



SISTEM GUNUNG LIPAT



1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermula

dari Pusaran Pamir di utara India.

2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada

proses lipatan kerak bumi.

3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga

menyebabkan kerak bumi berlipat.

4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yang

akan membentuk gunung lipat.

5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang boleh

membentuk lurah, lembah, atau lembangan.









6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti berikut :



GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu

- tinggi dan kasap

- tidak stabil



GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu

- lebih rendah

- stabil