Wednesday 16 June 2010

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

1.Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah,
lembangan, dan pinggir laut.

2.Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan
bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.



(A)Tanah Tinggi

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua.
2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
4. Terletak di:-
i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia
ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:-
i) Banjaran Bintang
  • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
  • Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
ii) Banjaran Titiwangsa
  • Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
  • Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
  • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m)
  • Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk
  • Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron
iii) Banjaran Tahan
  • Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
  • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)
iv)Banjaran Crocker
  • Banjaran yang tertinggi di Sabah
  • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

a) pusat pelancongan
- suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron.

b) kawasan tadahan air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) sumber kayu balak
- diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti
keruing dan Meranti.

d) pusat jana kuasa hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e) kawasan pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

SISTEM GUNUNG LIPAT

1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermula
dari Pusaran Pamir di utara India.
2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada
proses lipatan kerak bumi.
3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga
menyebabkan kerak bumi berlipat.
4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yang
akan membentuk gunung lipat.
5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang boleh
membentuk lurah, lembah, atau lembangan.




6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti berikut :

GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
- tinggi dan kasap
- tidak stabil

GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
- lebih rendah
- stabil

TANAH PAMAH


1. Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut.
2. Ketinggiannya kurang daripada 200 m.
3.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium
4. Tanah pamah utama ialah :-

(a) Dataran Kedah - Perlis
  • diliputi tanih aluvium
  • berpenduduk padat
  • penting untuk penanaman padi
(b) Dataran Johor
  • beralun dan berbukit-bukau
  • mempunyai hutan paya
  • ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah
(c) Delta Kelantan
  • diliputi tanih aluvium
  • penting untuk penanaman padi
(d) Delta Rajang
  • diliputi tanih aluvium
  • penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) kawasan pertanian - diliputi tanih aluvium, penting untuk padi
- bersaliran baik sesuai untuk penanman getah dan kelapa sawit

b) kawasan perlombongan - Timah aluvium banyak di lombong di Lembah Kinta

c) Tapak petempatan - menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Klang

d) kawasan perindustrian - kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah
seperti di Lembah Klang

e) Jaringan pengangkutan dan perhubungan - tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan
pengangkutan


PINGGIR LAUT

1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu yang
terletak kerana terletak di Pentas Sunda.
2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km dan mempunyai
pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai.

KEPENTINGAN PINGGIR LAUT:

PANTAI BERPASIR
- kawasan pelancongan dan perkelahan
- kawasan penanaman kelapa
- Contoh:
Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Batu Ferringhi, Pulau Pinang

PANTAI BERLUMPUR
- membekalkan sumber kayu bakau
- tempat pembiakan hidupan laut
- Contoh:
sekitar muara Sungai Perak, Perak
Muara Sungai Rajang, Sarawak

PULAU
- kawasan pelancongan
- pelabuhan perikanan
- pelabuhan antarabangsa
- Contoh:
Pulau Langkawi, Kedah
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Gaya, Sabah

TANJUNG
- kawasan rekreasi dan pelanconan
-Contoh:
Tanjung Bidara, Melaka
Tanjung Dawai, Kedah
Tanjung Datu, Sarawak

TELUK
- petempatan nelayan
- tapak pelabuhan
- kawasan perikanan
- kawasan perkelahan
-Contoh:
Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Teluk Ramunia, Johor
Teluk Kimanis, Sabah

TEBING TINGGI
- kawasan rekreasi dan pelancongan
- tapak rumah api
-Contoh:
Tebing Tinggi Kudat, Sabah
Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang

PENTAS BENUA
- kawasan perikanan
- kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh:
Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

31 comments:

  1. Bermanfaat sangat terutamanya kepada pelajar.btw thanks!

    ReplyDelete
  2. Bermanfaat sangat terutamanya kepada pelajar.btw thanks!

    ReplyDelete
  3. 200 m + dikira sebagai tanah tinggi ke

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sgt2.. Sgt membantu :)

    ReplyDelete
  5. Thank you for helping and give more information. Do you make a tuisyen centre anywhere nearby rawang.

    ReplyDelete
  6. Sangat membantu untuk assingment saya:)

    ReplyDelete
  7. Terime kasih saya pelajar saya dapat guna nota ini dalam masa yang kecemasan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana bagi saya rujukan

    ReplyDelete
  9. Terima kasih...senang nak faham...

    ReplyDelete