Thursday 17 June 2010

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

PEMBALAKAN
  • hakisan tanih
  • tanah runtuh
  • kepupusan spesies tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar
  • kemusnahan kawasan tadahan
  • kehilangan habitat semula jadi flora dan fauna
  • pencemaran air sungai
  • hidupan akuatik terancam
  • banjir di kawasan rendah
PERTANIAN
  • keasidan tanah meningkat
  • pencemaran air sungai
  • pencemaran udara
  • gelongsoran tanih dan kesotan tanih
  • kehilangan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan berharga dan hidupan liar
  • hakisan tanih
  • kemusnahan habitat semula jadi hidupan liar
PEMBINAAN JALAN RAYA
  • perubahan landskap
  • hakisan tanih
  • gelongsoran tanih
  • tanah runtuh
  • pencemaran sungai
  • kematian hidupan akuatik
  • kejadian banjir
  • habitat semula jadi flora dan fauna musnah
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
  1. penghutanan semula
  2. mewartakan hutan simpan dan taman negara
  3. penanaman berteres
  4. tanaman tutup bumi
  5. penggunaan baja organik
  6. kaedah biologi
  7. mengamalkan pertanian tetap
  8. melandaikan cerun dan membuat tarahan
  9. membina tembok konkrit
  10. membina longkang konkrit
  11. menanam rumput di cerun

POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

PERBANDINGAN KEPENTINGAN TANAH TINGGI DI SWITZERLAND DAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

Switzerland
1. Negara yang Bergunung-ganang. Kawasan tanah tinggi meliputi sebahagian besar Pergunungan Alps.
2. Kawasan pergunungan menggalakkan industi pelancongan kerana
(a) musim panasnya nyaman
(b) musim sejuknya yang bersalji
(c) tanahnya yang bersalji sesuai untuk kegiatan meluncur dan permainan hoki atau salji
(d) pemandangnya yang indah dan menghijau pada musim panas

3. Kawasan pergunungannya yang diliputi dengan hutan konifer yang tebal juga penting
sebagai
(a) kawasan tadahan
(b) sumber kayu-kayan (pembalakan)

4. Cerunnya yang curam dan air terjunnya penting sebagai tapak penjanaan kuasa
hidroelektrik.

5. Penanaman tanaman hawa sederhana tidak dijalankan di cerun kawasan tanah tinggi kerana
(a) bersalji
(b) sejuk

Malaysia

1. Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting merupakan kawasan pelancongan terkenal
di Malaysia.

2. Industri pelancongan merupakan kegiatan utama di kedua-dua kawasan tersebut kerana
(a) udaranya segar dan nyaman
(b) pemandangannya yang indah dan menghijau

3. Industri pelancongan merupakan kegiatan utama di kedua-dua kawasan tersebut kerana
(a) udaranya segar dan nyaman
(b) pemandangannya yang indah dan menghijau

4. Kawasan tanah tinggi yang diliputi dengan hutan hujan tropika yang tebal juga penting
sebagai
(a) kawasan tadahan dan legeh
(b) sumber kayu keras (kawasan pembalakan)

5. Cerunnya yang curam dengan aliran sungai yang deras sesuai dijadikan tapak penjanaan
kuasa hidroelektrik.

6. Penanaman tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tomato,
bunga-bungaan, dan teh sesuai dijalankan di Tanah Tinggi Cameron kerana mengalami
mini suhu 18°C.

PERBANDINGAN KEPENTINGAN CERUN BUKIT DI PULAU JAWA DENGAN CERUN BUKIT DI MALAYSIA

Pulau Jawa

1. Di Pulau Jawa, padi ditanam di kawasan dataran dan juga di cerun bukit.

2. Padi ditanam di cerun gunung berapi yang berteres kerana
(a) kawasan tanah pamah dan datarannya terhad
(b) penduduknya padat
(c) tanih lava besnya sebur

3. Penanaman padi berteres di cerun gunung berapi juga mengurangkan hakisan tanih

4. Selain daripada padi sawah, petani-petani di Jawa Timur juga menanam kopi di kawasan
cerun yang mempunyai ketinggian antara 600 meter hingga 1 200 meter.

5. Hortikultur juga giat dijalankan di kawasan cerun-cerun bukit seperti Lembang di Jawa
Barat, Kopeng di Jawa Tengah, dan Batu di Jawa Timur.

Malaysia

1. Cerun Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang sesuai untuk penanaman
tanaman hawa sederhana.

2. Faktor-faktor yang menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana di cerun tanah
tinggi ialah
(a) min suhu kira-kira 18°C
(b) hujan tahunan melebihi 2 000 mm
(c) bersaliran baik
(d) bertanih laterit

3. Tanaman juga ditanam di teres untuk mengurangkan hakisan tanih.

4. Pertanian di Tanah Tinggi Cameron dialiri dengan sistem paip.

5. Tanihnya disuburi dengan penggunaan baja kimia.


PERBANDINGAN KEPENTINGAN SUNGAI DI THAILAND DAN SUNGAI DI MALAYSIA

Thailand

1. Menom Chao Phraya merupakan jalan pengangkutan air yang utama di Thailand. Ia digelar
sebagai nadi lalu lintas di Thailand.

2. Menam Chao Phraya penting untuk mengangkut penumpang, kayu balak, hasil pertanian,
dan hasil perlombongan dari kawasan pedalaman.

3. Menam Chao Phraya membentuk dataran mendap dan delta yang luas untuk penanaman
padi dan jut.

Malaysia

1. Sungai juga merupakan kaedah pengangkutan yang penting di kawasan pedalaman,
terutamanya di Sabah dan Sarawak.

2. Sungai Kinabatangan digunakan untuk mengangkut kayu balak ke kilang atau pelabuhan
Sandakan.

3. Sungai-sungai utama di Malaysia membentuk dataran yang luas untuk pertanian. Misalnya

(a) Delta Rajang (Sungai Rajang)
(b) Dataran Kedah (Sungai Kedah)
(c) Dataran Kelantan (Sungai Kelantan)


PERBANDINGAN KEPENTINGAN TASIK DI KAMPUCHEA DAN TASIK DI MALAYSIA

Kampuchea

1. Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.

2. Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap.

3. Kegiatan perikanan di Tonle Sap dijalankan pada sepanjang tahun. Ikan yang ditangkap
adalah untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan juga dieksport.

4. Ikan mudah ditangkap pada musim kemarau kerana airnya cetek. (air tasik surut sehingga
1.52 meter).

5. Tonle Sap juga penting sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal ke Tonle
Sap melalui Sungai Mekong.

6. Tonle Sap membekalkan air untuk kegunaan domestik penduduk tempatan dan kawasan
pertanian.

Malaysia

1. Di Malaysia, Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan tasik semula jadi yang penting.

2. Tasik Bera dan Tasik Chini penting sebagai kawasan
(a) pelancongan
(b) perikanan air tawar

3. Tasik Kenir, Tasik Temenggor, dan Tasik Chenderoh penting untuk
(a) pelancongan
(b) pengairan
(c) perikanan air tawar
(d) penjanaan kuasa hidroelektrik

KEPENTINGAN SUNGAI DI MALAYSIA

  1. Menjadi tapak tamadun dan pusat perdagangan awal di lembah sungai dan muara sungai.
  2. Bahagian hulu sungai yang beraliran deras diempangkan untuk menjana kuasa hidroelektrik.
  3. Menjadi sempadan antarabangsa.
  4. Menjadi sempadan negeri semula jadi.
  5. Aliran sungai di bahagian hilir membentuk dataran aluvium yang subur untuk penanaman padi.
  6. Sebagai sumber pengairan yang membolehkan penanaman padi dua kali setahun diusahakan.
  7. Dijadikan kaedah pengangkutan dan perhubungan yang penting terutamanya di kawasan pedalaman.
  8. Air terjun di bahagian hulu sungai sesuai dimajukan sebagai kawasan rekreasi.
  9. Sebagai sumber ikan air tawar.
  10. Disalurkan kepada pengguna untuk dijadikan sumber kegunaan hairan (domestik).

Wednesday 16 June 2010

POLA SALIRAN


  1. Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya.
  2. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama cawangannya dinamakan lembangan sungai.
  3. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain dikenal sebagai pola saliran.
  4. Terdapat beberapa pola saliran, iaitu:-
  • pola reranting

  • jejala


  • selari



  • jejari


PELBAGAI POLA SALIRAN

(a)Pola saliran reranting

  • berbentuk seperti ranting pokok
  • cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat

(b)Pola saliran jejala

  • terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli
  • cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat, iaitu 90°

(c)Pola saliran selari

  • cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari
  • terdapat di cerun curam

(d)Pola saliran gegelang

  • cawangan sungai mengalir menurn dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah

(e)Pola saliran jejari

  • cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
  • cawangan sungai bercantum dengan sungai dengan utama di kawasan rendah

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

1.Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah,
lembangan, dan pinggir laut.

2.Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan
bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.



(A)Tanah Tinggi

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua.
2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
4. Terletak di:-
i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia
ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:-
i) Banjaran Bintang
  • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
  • Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
ii) Banjaran Titiwangsa
  • Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
  • Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
  • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m)
  • Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk
  • Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron
iii) Banjaran Tahan
  • Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
  • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)
iv)Banjaran Crocker
  • Banjaran yang tertinggi di Sabah
  • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

a) pusat pelancongan
- suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron.

b) kawasan tadahan air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) sumber kayu balak
- diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti
keruing dan Meranti.

d) pusat jana kuasa hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e) kawasan pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

SISTEM GUNUNG LIPAT

1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermula
dari Pusaran Pamir di utara India.
2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada
proses lipatan kerak bumi.
3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga
menyebabkan kerak bumi berlipat.
4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yang
akan membentuk gunung lipat.
5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang boleh
membentuk lurah, lembah, atau lembangan.




6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti berikut :

GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
- tinggi dan kasap
- tidak stabil

GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
- lebih rendah
- stabil

TANAH PAMAH


1. Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut.
2. Ketinggiannya kurang daripada 200 m.
3.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium
4. Tanah pamah utama ialah :-

(a) Dataran Kedah - Perlis
  • diliputi tanih aluvium
  • berpenduduk padat
  • penting untuk penanaman padi
(b) Dataran Johor
  • beralun dan berbukit-bukau
  • mempunyai hutan paya
  • ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah
(c) Delta Kelantan
  • diliputi tanih aluvium
  • penting untuk penanaman padi
(d) Delta Rajang
  • diliputi tanih aluvium
  • penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) kawasan pertanian - diliputi tanih aluvium, penting untuk padi
- bersaliran baik sesuai untuk penanman getah dan kelapa sawit

b) kawasan perlombongan - Timah aluvium banyak di lombong di Lembah Kinta

c) Tapak petempatan - menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Klang

d) kawasan perindustrian - kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah
seperti di Lembah Klang

e) Jaringan pengangkutan dan perhubungan - tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan
pengangkutan


PINGGIR LAUT

1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu yang
terletak kerana terletak di Pentas Sunda.
2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km dan mempunyai
pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai.

KEPENTINGAN PINGGIR LAUT:

PANTAI BERPASIR
- kawasan pelancongan dan perkelahan
- kawasan penanaman kelapa
- Contoh:
Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Batu Ferringhi, Pulau Pinang

PANTAI BERLUMPUR
- membekalkan sumber kayu bakau
- tempat pembiakan hidupan laut
- Contoh:
sekitar muara Sungai Perak, Perak
Muara Sungai Rajang, Sarawak

PULAU
- kawasan pelancongan
- pelabuhan perikanan
- pelabuhan antarabangsa
- Contoh:
Pulau Langkawi, Kedah
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Gaya, Sabah

TANJUNG
- kawasan rekreasi dan pelanconan
-Contoh:
Tanjung Bidara, Melaka
Tanjung Dawai, Kedah
Tanjung Datu, Sarawak

TELUK
- petempatan nelayan
- tapak pelabuhan
- kawasan perikanan
- kawasan perkelahan
-Contoh:
Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Teluk Ramunia, Johor
Teluk Kimanis, Sabah

TEBING TINGGI
- kawasan rekreasi dan pelancongan
- tapak rumah api
-Contoh:
Tebing Tinggi Kudat, Sabah
Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang

PENTAS BENUA
- kawasan perikanan
- kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh:
Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

KEDUDUKAN MALAYSIA

1.Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa di tenggara benua Asia.
2.Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 758km persegi.
3.Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala
Lumpur, Pulau Labuan, dan Putrajaya.
4.Kedudukan Malaysia di bahagian tengah kepulauan benua Asia menyebabkan Malaysia
dikelilingi oleh kawasan perairan berikut:

(a)Laut China Selatan
*Laut terbesar di dunia

(b)Selat Melaka
*Selat terpanjang di dunia

(c)Selat Tebrau
*Memisahkan Semenanjung Malaysia dari Singapura